Wednesday, January 25, 2012

ney yang wat aq jadi ponim skunx !

Perkara pertama yang timbul dalam kepala otak gua bila nak buat job adalah “Berapa sepatutnya aku charge?Gua percaya ini adalah masalah dunia paling besar kau akan hadapi sebab:
  1. Client kau mungkin seorang kawan baik.
  2. Lu tak yakin dengan apa hasil yang akan keluar.
  3. Lu tak mahu underpriced atau overpriced.
  4. Lu dah mula nampak $$$$$ dan nak kaya cepat.
  5. Tak pasti apa kos yang terlibat.
Kalau client itu seorang kawan baik dan kau kompias dan tak tahu nak charge berapa, kasi dia harga stendet saja. Takyah diskaun-diskaun lebih. Mampuih le. Kau nak niaga kan? Bila nak untung kalau kau ade 8 ribu kawan baik yang belom kawen?Macam la 8 ribu kawan baik kau tu besok-besok nak datang bagi kau sijil penghargaan. Haha. Jadinya, sebab dia baik dengan kau, kau bagi lah dia hadiah lebih sikit. Gambar besar berbingkai ke apejadah, album lebih ke, gambar lebih ke. Eh, sama je macam bagi diskaun?
Lain ler. Diskaun kau potong sesiap. Lepastu kawan baik ni ade kawan baik yang lain yang juga kawan baik kau. Dia pon TER-cerita la dia dapat harga runtuh dari kau. Hasil pon superb. Pastu kau stand by aje lah. Ha ha. Alasannya, kita tanak kacau harga. Kita bagi free gift saja. Ok?
Ini saranan saja sebab tadi kau kata tak tahu nak buat quote berapa kan? So, kalau ade tektik yang lebih bagus, gunakan saja.
Kedua.
Apa?? Kalau tak yakin?? JANGAN LA GATAL NAK AMIK TUGASAN. Kecuali kau letak dalam T&C: AKU TAK MENJAMIN HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN. WANG ANDA TAK AKAN DIKEMBALIKAN. Ha ha. Ok aku dah mengarut ni. Katakan kau dah bersedia, ada flash seketul, ada kamera dan pernah tag-along atau buat kerja amal dan mendapati hasil kau konsisten dan ada nilai dan disukai ramai(kau sendiri yang suka tak payah la. Itu syok sendiri) . Maka kau sudah layak menjadi jurufoto perkahwinan. Kalau tak, kau hanya akan menjadi penjahanam foto perkahwinan orang.
Janganlah.
Bercakap tentang figure, ini bab paling payah. Aku sendiri pening. Ada banyak cara nak kira. Aku tak nak share formula dia sebab itu bergantung pada apa kau nak berserta DENGAN adab dan tertib orang berniaga. Antara adab tertib orang berniaga:
  1. Tidak akan menjahanamkan harga pasaran. Maksud aku kalau julat penerimaan harga buah epal di pasaran 50sen hingga 70sen sebiji, KAU JANGANLA NAK MENJUAL EPAL KAU 20sen sebiji. Itu penjahanam namanya. Tak baik tau.
  2. Tidak meletakkan harga epal kau 90sen sebiji sebab ITU MENJAHANAMKAN PERNIAGAAN KAU SENDIRI. Haha.
Moral #4: Underpricing will damage the whole system, overpricing will damage yourself.
Ok, katakan contoh harga pasaran RM800 sehingga RM1200 untuk  satu sessi foto. Macam mana boleh keluar figure tu? Banyak tu untung! Iye lah tu. Banyak faktor kena ambil kira. Seperti:
  1. Kos album.
  2. Kos printing.
  3. Kos pengangkutan.
  4. Kos masa yang diluangkan. (frust tak dapat kuar detim dengan awek sbb kene kejar masa edit gambo. Haha)
  5. Kos letrik, bunga tayar, kipas angin berjam-jam depan pc buat editing.
  6. Kos susut nilai alatan kau. Eg: Shutter kamera akan kong, bulb flash tu akan kaput suatu masa nanti. Pastu nak beli baru pakai daun ke?
  7. Kos lain-lain yang kau terpikir. Banyak lagi weh. Gua dah malas nak pikir. Haha.
Semua tu kena kira. Macam mana nak kira, boleh tanya abang-abang yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni. Tarahal punye. Aku tak pernah jumpa orang yang kedekut ilmu dalam bidang fotografi. Semua baik-baik saja.
Biasanya budak-budak jurufoto bukan full-time ni main belasah je harga dan secara tidak langsung menjahanamkan periuk nasi mereka yang 100% berpunca dari fotografi. Mentang-mentang ada main income, kau main belasah je buat job murah. Lojiknya, kalau kau sorang buat macam tu takpe lah. Tapi tidak beb, kat luar sana masih ada beribu-ribu wannabes yang serupa. Oleh yang demikian, mati la yang memang charge harga standard ni nak cari makan. Betul tak?

No comments: