Tuesday, October 14, 2014

merapu :(

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

 Daku tidak mengharapkan bulan dan bintang 
 Daku juga tidak mengharapkan segunung intan dan berlian 
 Daku hanya mengharapkan sebuah KEIKHLASAN dan KEJUJURAN 
 Untuk sebuah PERHUBUNGAN 


Thursday, March 27, 2014

Awak ,
Saya kat sini , sedang berusaha sehabis baik .
Saya tahu , saya kadang2 takde masa untuk awak , mungkin dah buat awak resah, gelisah .
Saya just nak awak tahu .
Saya kat sini,  gila mengejar masa yang berlari .
Bukannya mengejar cinta lain kat sini .
Jadi , berhenti lah.
Berhenti lah meragui saya . Berhenti lah menghimpit saya dengan perasaan awak yang tak menentu .
Saya tak minta kita berjauhan macam ni.
Saya anggap ini ujian dalam hubungan kita , dan saya sentiasa berharap , semangat kita tak patah dengan jarak yang ada ni .
Maafkan saya andai ini silap saya kerana tak memahami awak .
Tapi awak , saya masih mencuba.
Saya cuba untuk tak merenggangkan hubungan ni, macam yang awak minta .
Saya cuba untuk tak rasa gelisah bila berjauhan dengan awak . Saya cuba untuk tak meragui awak .
Saya cuba untuk elak pelbagai perasaan yang menghantui diri saya masa ketiadaan awak .
Andai dibiarkan perasaan saya, saya akan menangis. Saya akan rasa tak terdaya.
Jadi saya cuba untuk tabah.
Awak faham tak?
Adakah saya seorang sahaja yang mencuba dalam hubungan kita ni?
Saya mungkin tak pernah tanya jika hati awak pernah tergerak untuk orang lain semasa ketiadaan saya.
Saya mungkin tak pernah beritahu awak, apa saya rasa ketika saya paling perlukan awak, tapi awak takda.
Saya diam. Saya pendam.

CNF FOREVER ^^

Tuesday, February 11, 2014

cinta jarak JAUH ^^

Assalamualaikum . ya allah , lamenye aku tak on blog aku nim haa :( almaklumlah . laptop ROSAK :'( sadis bonar haa >.< na di pendekkan cerite , PJJ ?cerita jarak jauh ? means ? jum sesame bace ^^
CINTA JARAK JAUH . mesti korang semua pernah bercinta  . tipulah kalau tak pernah kan . beza nya cinta korang tu berjarak dekat , apelah ! bercinta pun dengan ANAK PAK MEON , rumah selang 3 buah jer dari rumah korang . nak gi kedai beli tepung lalu depan rumah dia , nak gi sekolah lalu depan rumah si dia . adoiii . lain kali cari kekasih yang rumah HUJUNG KAMPUNG , hahahha . ok stop MEREPEK ! ><





CINTA JARAK JAUH nie sebenar nya apa eh ????? bagi aku cinta jarak jauh nie maksudnya DUA makhluk yang saling bercinta tapi terpisah disebabkan jarak contoh nya macam kekasih korang tu sambung study luar negara (macam aku nim haa )*perasan jap >< . tapi relationship korang terus jalan . ha lebih kurang la . betul ke ? tak kisah la asalkan korang dah dapat tangkap tajuk entry aku . KAHKAH >.< .

tak kisah la korang bercinta sejauh mana pun dari afrika ke malaysia ke apa .  yang jadi persoalan aku sekarang , bertahan ke cinta jarak jauh korang tu ? ha kekal ker idok ?






ha dah mula garu kepala . dah mula risau la tu ? haha . buat apa korang nak risau kalau korang yakin perasaan korang N si dia kan . yang perlu dirisau kalau si dia dekat dengan korang pun boleh  bermadu asmara dengan orang lain . kalau jauh bukan takat madu , vanila , coklat semua di asmarakan .

so apa yang korang perlu ada kalau cinta korang berstatus CINTA JARAK JAUH nie ? ikut prinsip 5K nie ~

  1. KEYAKINAN

benda nie confirm la kena ada , kalau yakin tu takde say  babai to your buah hati la , kena yaki , hey cik kak , ni cinta jarak jauh ok , kalau dah tak yakin dengan perasaan korang baik cari buah hati rumah sebelah je . bayangkan korang tinggal TERENGGANU , pakwe korang sambung belajar kat KEDAH . baru 3 hari si dia tak contact , dah mula . "BOBOI DAH TAK INGAT GEGIRL KE ? DAH ADA GEGIRL BARU !? . . ha aper tu ? takde KEYAKINAN la tu..





2.   KESETIAN

opppp ! bukan prinsip rukun negara tu okeyh ! kesetiaan kepada si dia . even lelaki se cute YONG HWA datang pun tak mampu lagi menggugat hati korang kepada pakwe korang tu even muka pakwe korang muka banduan akhir yang dipenjara kerana mengedar vcd cetak rompak pun korang perlu setia . 





3.  KEJUJURAN

perlu di ingatkan korang perlu jujur. maksud nye ? jujur je la . kalau korang ada discussion dengan team group korang and ahli group tu salah sorang nya minat tahap cipanzi kat korang padahal muka korang takdela secantik NEELOFA pun , korang kena jujur , cakap yang korang dah berpunya ! 

tegaskan kat dia korang dah ada pakwe yang sedang menunggu korang dalam penjara sebab edar VCD cetak rompak tu , jangan lupa jujur jugak kepada pakwe korang , bagitau si dia tentang orang yang minat tu , JANGAN SAMPAI DIA TAHU BENDA TU DARI ORANG LAIN . dgr tu CNF ! :@






4.  KEIKHLASAN

ikhlas bercinta tu dengan niat korang nak kawin dengan dia . jangan korang cinta cinta monyet pulak . kalau korang ikhlas . keikhlasan korang tu akan dibalas dengan keihlasan jugak oleh si dia . ni kalau bercinta pun sampai suka 3 4 orang lelaki . tu bukan ikhlas tu gelojoh ! opssss >.<





5.  KESABARAN

last sekali korang perlu sabar , sabar je la , kalau korang dah ada semua yang atas tu , step yang terakhir SABAR , sabar dengan ketentuan DARINYA . sejauh mana pun korang terpisah dengan dia kalau dia jodoh korang , kawin jugak kan . lebih baik bercinta dengan YANG MAHA ESA . kita tak nampak DIA , tapi dia selalu dekat dengan KITA . so tak perlu risau cinta jarak jauh jauh tu kalau dah ada cinta Allah yang dekat di HATI . jom renungkan dan kita beramal. :)