Thursday, March 27, 2014

Awak ,
Saya kat sini , sedang berusaha sehabis baik .
Saya tahu , saya kadang2 takde masa untuk awak , mungkin dah buat awak resah, gelisah .
Saya just nak awak tahu .
Saya kat sini,  gila mengejar masa yang berlari .
Bukannya mengejar cinta lain kat sini .
Jadi , berhenti lah.
Berhenti lah meragui saya . Berhenti lah menghimpit saya dengan perasaan awak yang tak menentu .
Saya tak minta kita berjauhan macam ni.
Saya anggap ini ujian dalam hubungan kita , dan saya sentiasa berharap , semangat kita tak patah dengan jarak yang ada ni .
Maafkan saya andai ini silap saya kerana tak memahami awak .
Tapi awak , saya masih mencuba.
Saya cuba untuk tak merenggangkan hubungan ni, macam yang awak minta .
Saya cuba untuk tak rasa gelisah bila berjauhan dengan awak . Saya cuba untuk tak meragui awak .
Saya cuba untuk elak pelbagai perasaan yang menghantui diri saya masa ketiadaan awak .
Andai dibiarkan perasaan saya, saya akan menangis. Saya akan rasa tak terdaya.
Jadi saya cuba untuk tabah.
Awak faham tak?
Adakah saya seorang sahaja yang mencuba dalam hubungan kita ni?
Saya mungkin tak pernah tanya jika hati awak pernah tergerak untuk orang lain semasa ketiadaan saya.
Saya mungkin tak pernah beritahu awak, apa saya rasa ketika saya paling perlukan awak, tapi awak takda.
Saya diam. Saya pendam.

CNF FOREVER ^^