Saturday, February 25, 2012

Kita Sebagai Seorang Blogger ,Mestilah Begitu ,Mestilah Begini !


Kita sebagai blogger yang cun melecun,kacak lagi berwibawa...serta segak..
(tambah lagi jika perlu)


MESTILAH...



1 ) BALAS KOMEN PEMBACA

Seriously la..bagi aku,balas komen2 pembaca tu sangat2 la penting..ha,siap bold lagik..ingat senang ke nak dapat respons daripada diorang?ish ish..kalau bagi aku la kan,dapat 1 komen tu pun dah rasa sangat2 dihargai..walaupun komen tu banyak macam mane pun,kita tetap kena balas..sebab kadang2..ade pembaca yang akan check balik komen2 yang dia penah bagi..sebab dia nak tengok kalau2 tuan blog tu bagi respon balik..jadi hargailah pembaca kita..bagi aku,yang komen2 tu la yang banyak bagi aku semangat untuk teruskan ber-blogging..jangan pulak mentang2 dah dapat banyak komen..korang biar camtu je..sebab taknak nampak jumlah komen yang banyak tu rupa2nya tersenarai nama korang sekali..apaa daa..podahh cittt ! =_=


2 ) UCAPAN DI CHATBOX

Kadang2 ada yang guna cara untuk mem-promote entri baru diorang dari chatbox ke chatbox..eh,aku rasa..tak patut la buat camtu..sorry to say la...aku tau tak salah..cuma bagi pandangan aku..nampak sangat macam tak ikhlas nak datang kat blog kita..target cuma nak promote entri2 baru...kalau aku lebih suka greet diorang..agar diorang rasa lebih dihargai..kalau aku rasa aku ter-singgah kat blog yang agak cantik..aku memang akan puji..what you got is what you deserved..aku terus terang je..aku takdelah sebok nak promote entri aku sana sini kat chatbox orang lain..tak sweet bak hang ! koh koh koh...


3 ) FOLLOW TAK IKHLAS

isk..isk..ade jugak manusia yang camni..ade yang follow kita semata2 nak kita follow dia balik je..tu je lah keje ko..hah,kan aku dah bengang ni...siye jer kan bila dapat tau..aku suka kalau korang follow memaner blog sebab blog tu ade tarikan dia sendiri atau maybe entri2 dia agak menarik...bukan hanya sekadar...

"hai,saye dah follow awak,follow la titew balik err..."

"hye,jom follow saye,nanti saye follow awak balik..." (bunyi agak gampang)

"aku dah follow ko..ko tak follow aku balik..siap arhh ko.." (sori,yang ni rekaan)

tapi aku hargai sapa yang sudi follow aku tapi tak paksa aku follow dia balik..bagaimanapun..aku tetap follow balik dorang dengan hati yang suci (ececeh!)..FOLLOW-LAH DENGAN IKHLAS,TAK IKHLAS..memang asdfghjkl la aku cakap..fuuuu fuuuuu fuuuuu


4 ) KALAU NAK KOMEN,BACA BAGI HABIS ENTRI TU.

hish..yang ni kedengaran agak nak mintak pelempang..ok lah contoh..punya panjang lebar korang buat entri tu...(penat menaip,penat perah idea..).tetibe ade la manusia2 yang bagi komen berbaur begini...

" entri yang bagus,keep it up! "

" untung la...huhuhu..." (padahal entri tu takde kene mengene dengan UNTUNG pon)

" titew setuju! (ntah ape yang ko setuju ntah...)"

entri yang superb!teruskan menulis...." (sori,aku menaip)

dasar forever alone..dari situ nampak sangat dia tak baca habis pun dengan entri kita..tah2 tengok tajuk je..pastu terus komen..paham ape pon tidak..tapi takpe,bagus gak..bertambah sket jumlah komen titew kan kan?puih!maybe ni salah satu cara kenapa entri mereka..(si peng-komen tu)..jumlah2 komennya retiss bak hang! sebab kalau 10 blog dia dok bagi komen yang sama cam contoh kat atas,10 orang tadi tu la datang bagi komen balik kat blog dia tadi..dengan penuh bersemangatnya...(paham tak?)...hukum karma yang agak gedik..


5 ) IKLAN KAT CHATBOX.

kalau yang ni..ramai kot penah kena..tak bermaruah betul..hah!pegi chatbox orang lain,tapilink yang dibagi direct terus ke churp2..nuffnang..says.my.bla bla bla..(paham ke tak ni?)..kalau yang dah terbiasa terus klik nama2 kat chatbox tu..nasib arh..ko yang bagi untung kat dorang..tu yang KAYA GILER jadiknya dorang sampai sebok buat entri besar2 an dapat duet dari pihak pengiklanan tu..kalau korang nak buat kat chatbox aku..jangan harap nak dapat sesen pon..sebab aku hala dulu cursor kat setiap nama kat chatbox..and aku akan tengok link yang keluar kat bawah..(kan aku dah membebel ni)..so siye2 je lah usaha korang tu..jadi kepada anda..ikutlah cara saya okey..tak baik dapat keuntungan dari cara yang salah..giler sogehh namanya tu...



p/s : baru tukar lagu blog.header made from paint.buruk kan?haha =_=






Sekian,terima kasih.


Wednesday, February 22, 2012

renungan2kanlah ...

Seorang gadis comel(comel ke?erm iyekanlah) sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya " nak upload dlm fb lah.." untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..' Tidak sedarkah anda ? Anda TIDAK MENUTUP AURAT , sudah berDOSA.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat DOSA..anda dapat DOSA lagi.. orang yang tekan 'like' dapat DOSA ..anda berDOSA lagi.. orang yang memuji anda dapat DOSA.. DOSA anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah DOSA anda berlipat kali GANDA... ! ! ! Berubahlah wahai WANITA.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun sebelum terlambat.. Kasihanilah juga ayahmu serta adik-beradik lelaki mu..Tnjuk AURAT mcm anda free2 jer beli tiket untuk ayah anda ke NERAKA~~

Sunday, February 19, 2012

sajak khas untuk emak n abah !

Salam Nuriznabilah .

 Alhamdulillah ,
 dapat jgk aku ciap an sajak ney lam mase 2 ari ,
 memang x sehebat orang berkarya ,
 tapi sekurang2nye aku mencuba !
 bukan mudah nx ciap an sume ney ,
 nampak cm senang je kan ?
 p , law tanpa kesabaran , tanpe ada idea2 lam mengayat ney ,
 memang out awal2 ,
 pape un ,
 sajak ney khas untuk mak saie n abah saie ( en.Azmi n pn.Siti ) 
 dan tidak lupe juga pada rakan2 yang masih mempunyai mak ayah @ sebaliknye ( AL - FATIHAH ) ,

 baca , fahami n fikirkanlah ..

EmakKamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku

Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Abah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku

Abah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Emak dan Abah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku

EmakAbah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

emak...
Abah...

Saturday, February 18, 2012

pengorbanan seorang ibu

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi 
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."