Bagi mamat-mamat yang baru belaja main kamera DSLR, adalah seperti satu impian mengjadi kenyataan jika dapat menjelma hebat seperti Saiful Nang atau mana-mana kameremen perkahwinan yang hebat-hebat itu. Lalu mereka tertonggeng-tonggeng di majlis perkahwinan orang untuk mendapatkan best shoot.
Perasaannya adalah seperti mat rempit yang mendapat seketul rim aloy kaler gold cap araya yang gilababi ringan angkat pakai bulu mata pon boleh. Terus, berasa gatal mahu berlumba haram supaya mendapat hadiah bohsia untuk diperlakukan hubungan haram. (Alang-alang haram, biar haram betul)
Aku bagi tips free demi tercapainya cita-cita murni kau itu. (Kemeremeng pro bagi tips jugak tapi kene bayar. Aku tak pro, so aku bagi free aje.)
Bila nak amik gambar pengantin kene tahu banyak ilmu. Kalau takde ilmu kau amik gamba free saja. Nak charge mahal nanti gambar huduh sapa mau tanggung? Walaupun ditanggung halal, tapi maki hamun pengantin sebab gambar tak jadi kau tanggung sendiri la. Takkan nak suruh pengantin kawen lagi sekali. Pengantin lelaki suka la. Haha.
Antara tips kali ini:
- Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
- Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
- Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
- Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
- Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
- Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepastu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
- Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
- Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
- Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
- Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Susah ke? Sapa kata amik gambar orang kawen senang?
Kau pilih saja pengantin yang lawa dan jambu macam Maya Karin untuk job kau. Kompem gamba kau lawa. Kecuali la kau sengal sangat dengan kamera kau. Haha.
Kesimpulan:
- Pengantin yang fotogenic sangatlah advantage untuk mendapatkan gambar cun.
- Angle dan composition penting untuk trick ‘mata’ yang akan melihat gambar.
- Skill membuatkan orang ketawa penting bagi membuatkan pengantin ketawa dan menghilangkan penat.
No comments:
Post a Comment