Saturday, February 25, 2012

Kita Sebagai Seorang Blogger ,Mestilah Begitu ,Mestilah Begini !


Kita sebagai blogger yang cun melecun,kacak lagi berwibawa...serta segak..
(tambah lagi jika perlu)


MESTILAH...



1 ) BALAS KOMEN PEMBACA

Seriously la..bagi aku,balas komen2 pembaca tu sangat2 la penting..ha,siap bold lagik..ingat senang ke nak dapat respons daripada diorang?ish ish..kalau bagi aku la kan,dapat 1 komen tu pun dah rasa sangat2 dihargai..walaupun komen tu banyak macam mane pun,kita tetap kena balas..sebab kadang2..ade pembaca yang akan check balik komen2 yang dia penah bagi..sebab dia nak tengok kalau2 tuan blog tu bagi respon balik..jadi hargailah pembaca kita..bagi aku,yang komen2 tu la yang banyak bagi aku semangat untuk teruskan ber-blogging..jangan pulak mentang2 dah dapat banyak komen..korang biar camtu je..sebab taknak nampak jumlah komen yang banyak tu rupa2nya tersenarai nama korang sekali..apaa daa..podahh cittt ! =_=


2 ) UCAPAN DI CHATBOX

Kadang2 ada yang guna cara untuk mem-promote entri baru diorang dari chatbox ke chatbox..eh,aku rasa..tak patut la buat camtu..sorry to say la...aku tau tak salah..cuma bagi pandangan aku..nampak sangat macam tak ikhlas nak datang kat blog kita..target cuma nak promote entri2 baru...kalau aku lebih suka greet diorang..agar diorang rasa lebih dihargai..kalau aku rasa aku ter-singgah kat blog yang agak cantik..aku memang akan puji..what you got is what you deserved..aku terus terang je..aku takdelah sebok nak promote entri aku sana sini kat chatbox orang lain..tak sweet bak hang ! koh koh koh...


3 ) FOLLOW TAK IKHLAS

isk..isk..ade jugak manusia yang camni..ade yang follow kita semata2 nak kita follow dia balik je..tu je lah keje ko..hah,kan aku dah bengang ni...siye jer kan bila dapat tau..aku suka kalau korang follow memaner blog sebab blog tu ade tarikan dia sendiri atau maybe entri2 dia agak menarik...bukan hanya sekadar...

"hai,saye dah follow awak,follow la titew balik err..."

"hye,jom follow saye,nanti saye follow awak balik..." (bunyi agak gampang)

"aku dah follow ko..ko tak follow aku balik..siap arhh ko.." (sori,yang ni rekaan)

tapi aku hargai sapa yang sudi follow aku tapi tak paksa aku follow dia balik..bagaimanapun..aku tetap follow balik dorang dengan hati yang suci (ececeh!)..FOLLOW-LAH DENGAN IKHLAS,TAK IKHLAS..memang asdfghjkl la aku cakap..fuuuu fuuuuu fuuuuu


4 ) KALAU NAK KOMEN,BACA BAGI HABIS ENTRI TU.

hish..yang ni kedengaran agak nak mintak pelempang..ok lah contoh..punya panjang lebar korang buat entri tu...(penat menaip,penat perah idea..).tetibe ade la manusia2 yang bagi komen berbaur begini...

" entri yang bagus,keep it up! "

" untung la...huhuhu..." (padahal entri tu takde kene mengene dengan UNTUNG pon)

" titew setuju! (ntah ape yang ko setuju ntah...)"

entri yang superb!teruskan menulis...." (sori,aku menaip)

dasar forever alone..dari situ nampak sangat dia tak baca habis pun dengan entri kita..tah2 tengok tajuk je..pastu terus komen..paham ape pon tidak..tapi takpe,bagus gak..bertambah sket jumlah komen titew kan kan?puih!maybe ni salah satu cara kenapa entri mereka..(si peng-komen tu)..jumlah2 komennya retiss bak hang! sebab kalau 10 blog dia dok bagi komen yang sama cam contoh kat atas,10 orang tadi tu la datang bagi komen balik kat blog dia tadi..dengan penuh bersemangatnya...(paham tak?)...hukum karma yang agak gedik..


5 ) IKLAN KAT CHATBOX.

kalau yang ni..ramai kot penah kena..tak bermaruah betul..hah!pegi chatbox orang lain,tapilink yang dibagi direct terus ke churp2..nuffnang..says.my.bla bla bla..(paham ke tak ni?)..kalau yang dah terbiasa terus klik nama2 kat chatbox tu..nasib arh..ko yang bagi untung kat dorang..tu yang KAYA GILER jadiknya dorang sampai sebok buat entri besar2 an dapat duet dari pihak pengiklanan tu..kalau korang nak buat kat chatbox aku..jangan harap nak dapat sesen pon..sebab aku hala dulu cursor kat setiap nama kat chatbox..and aku akan tengok link yang keluar kat bawah..(kan aku dah membebel ni)..so siye2 je lah usaha korang tu..jadi kepada anda..ikutlah cara saya okey..tak baik dapat keuntungan dari cara yang salah..giler sogehh namanya tu...



p/s : baru tukar lagu blog.header made from paint.buruk kan?haha =_=






Sekian,terima kasih.


Wednesday, February 22, 2012

renungan2kanlah ...

Seorang gadis comel(comel ke?erm iyekanlah) sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya " nak upload dlm fb lah.." untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..' Tidak sedarkah anda ? Anda TIDAK MENUTUP AURAT , sudah berDOSA.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat DOSA..anda dapat DOSA lagi.. orang yang tekan 'like' dapat DOSA ..anda berDOSA lagi.. orang yang memuji anda dapat DOSA.. DOSA anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah DOSA anda berlipat kali GANDA... ! ! ! Berubahlah wahai WANITA.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun sebelum terlambat.. Kasihanilah juga ayahmu serta adik-beradik lelaki mu..Tnjuk AURAT mcm anda free2 jer beli tiket untuk ayah anda ke NERAKA~~

Sunday, February 19, 2012

sajak khas untuk emak n abah !

Salam Nuriznabilah .

 Alhamdulillah ,
 dapat jgk aku ciap an sajak ney lam mase 2 ari ,
 memang x sehebat orang berkarya ,
 tapi sekurang2nye aku mencuba !
 bukan mudah nx ciap an sume ney ,
 nampak cm senang je kan ?
 p , law tanpa kesabaran , tanpe ada idea2 lam mengayat ney ,
 memang out awal2 ,
 pape un ,
 sajak ney khas untuk mak saie n abah saie ( en.Azmi n pn.Siti ) 
 dan tidak lupe juga pada rakan2 yang masih mempunyai mak ayah @ sebaliknye ( AL - FATIHAH ) ,

 baca , fahami n fikirkanlah ..

EmakKamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku

Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Abah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku

Abah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Emak dan Abah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku

EmakAbah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

emak...
Abah...

Saturday, February 18, 2012

pengorbanan seorang ibu

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi 
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Wednesday, January 25, 2012

lawok molek owg yg bg tips ney !

Bagi mamat-mamat yang baru belaja main kamera DSLR, adalah seperti satu impian mengjadi kenyataan jika dapat menjelma hebat seperti Saiful Nang atau mana-mana kameremen perkahwinan yang hebat-hebat itu. Lalu mereka tertonggeng-tonggeng di majlis perkahwinan orang untuk mendapatkan best shoot.
Perasaannya adalah seperti mat rempit yang mendapat seketul rim aloy kaler gold cap araya yang gilababi ringan angkat pakai bulu mata pon boleh. Terus, berasa gatal mahu berlumba haram supaya mendapat hadiah bohsia untuk diperlakukan hubungan haram. (Alang-alang haram, biar haram betul)
Aku bagi tips free demi tercapainya cita-cita murni kau itu. (Kemeremeng pro bagi tips jugak tapi kene bayar. Aku tak pro, so aku bagi free aje.)
Bila nak amik gambar pengantin kene tahu banyak ilmu. Kalau takde ilmu kau amik gamba free saja. Nak charge mahal nanti gambar huduh sapa mau tanggung? Walaupun ditanggung halal, tapi maki hamun pengantin sebab gambar tak jadi kau tanggung sendiri la. Takkan nak suruh pengantin kawen lagi sekali. Pengantin lelaki suka la. Haha.
Antara tips kali ini:
  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepastu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.
Susah ke? Sapa kata amik gambar orang kawen senang?
Kau pilih saja pengantin yang lawa dan jambu macam Maya Karin untuk job kau. Kompem gamba kau lawa. Kecuali la kau sengal sangat dengan kamera kau. Haha.
Kesimpulan:
  1. Pengantin yang fotogenic sangatlah advantage untuk mendapatkan gambar cun.
  2. Angle dan composition penting untuk trick ‘mata’ yang akan melihat gambar.
  3. Skill membuatkan orang ketawa penting bagi membuatkan pengantin ketawa dan menghilangkan penat.

Monday, January 23, 2012

afiq danish !


selama 5 tahun menyimpan rambut ,
akhirnye ,
tarrraaa !
 encem !


Tuesday, January 17, 2012

Menyampah Betul La Dengan Hang Nih !


Salam Nuriznabilah ,

 

Kita terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terlantar dengan tangan dan kaki bersimen dalam wad hospital...Bersedialah untuk terpaksa bercerita benda yang sama berulang kali bagi menjawab soalan soalan yang bakal ditanya setiap kali diziarahi oleh saudara mara atau kengkawan...

Situasi 1 - ''Macam mana boleh accident nih?''
Rahmat - Eh Kasim, hang accident kat mana nih sampai kena tampal sana sini nih?
Kasim - Buat buat tanya pulak ! Kau yang langgar aku kan? Cepat bayar balik hutang kereta aku,sport rim aku, handbreak aku ! CEPAT !!!!
Situasi 2 - ''Kau berlanggar dengan apa?''
Rahmat - Kereta aku takdelah rosak teruk sangat..Cuma nak kena repair sikit kat bahagian bulldozer aku tuh? Kereta kau apa macam? Ada ok ke?
Kasim - Kereta amanda nya ! Aku naik basikal je lah ngok ! Urgghhh ! Nak perli aku lah tuh !
Situasi 3 - ''Kau accident kat mana?''
Rahmat - Kau nih accident kat lorong mana?
Kasim - Soalan tuh tak boleh nak pandai lagi ke? Aku accident atas jalan raya lah !
Situasi 4 - ''Kau tak nampak ke kereta tu?''
Rahmat - Kau nih camna boleh accident nih? Kau buta ke apa? Takkan tak nampak kereta tuh kot !
Kasim - Kereta tuh yang tak nampak aku lah !!!!!!
Situasi 5 - ''Siapa bawak kau ke hospital?''
Rahmat - Siapa bawak kau pergi hospital nih Kasim?
Kasim - Ambulans le ! Takkan polis kot? Polis sebok buat roadblock masa tuh !
* Hahaha jadi anda bersabar jelah ya kalau terpaksa menghadapi soalan soalan yang tersangat lah pandai macam tuh ! Hahaha itu maknanya diorang ambil berat tentang kita la tu kan? Anyway,drive kereta elok elok...Jangan memotong....Anda mampu mengubahnya=D