Wednesday, August 3, 2016

22JULAI2012

Assalamualaikum w.b.t 

Bila mulanya kau rasa kau benci, ada sahaja yang tak kena.

Bila saja kau meminta perkara yang kau rasa kau tidak akan dapat.Bila saja kau rasa kau dan dia tidak akan kemana.Dan bila saja waktu itu, perasaan kau hanya ada benci terhadap dia dan kau betul-betul maksudkannya.

Hari demi hari bisa berubah.Kelmarin tidak akan mungkin muncul untuk esok.Perasaan kelmarin juga mustahil wujud untuk esok.Perkara yang aku rasa aku tidak akan dapat, kau beri.Sesungguhnya semangat kau lain benar.Mencipta satu harapan yang aku paut, takut akan kehilangan kau.

Aku tak bisa menulis untuk sekian lama.Fikiran dan jiwa terlalu kekok untuk meluah rasa.Tapi kini mula lain semula kerana aku sedang merasa rasa itu wujud semula.

Sukar sebenarnya untuk  membuka. Apa rasa hati di etmosfera yang terbuka.Tapi apa yang aku cerita hanya rasa.Tidak salah bercerita hal yang buat aku bahagia.

Apabila kau satu-satunya manusia yang faham tentang perasaan aku.Juga kau yang bisa terima segala cercaan aku.Persepsi terubah bila kau sedikitpun tidak bergajak dari tempat mana kau berdiri.Menguatkan keyakinan aku bahawa kau sememangnya benar-benar pasti.Adakah aku yang benar-benar kau cari.

Terima kasih kerna kau bisa mendengar. Segala sakit dan air mata yang tak selalu gagah aku tahan setiap masa.Terima kasih juga kerna selalu berpihak kepada aku dan sudi hadir dalam hidupku .

kuatkah aku :'(

ya Allah :'( 
peritnya rase sekarang nim :'(
haruskan aku melepaskan dia setelah 4 tahun aku bersama :'(

kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan , mengelirukan dan sukar difahami . Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit . Akur dengan segala ketentuan . Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia . Dalam kehidupan ini sukar dijangka . Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai . Adakalanya semakin kita mencuba , kita semakin hampir dengan kekecewaan . Air mata pula menjadi teman setia . Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati . Tembok kolam air mata tidak lagi seteguh dulu . Memudahkan banjir melanda taman hati yang penuh kepiluan . Gerimis melanda, justeru dedaun kesedihan berguguran . terus hanyut di bawa arus dan lemas dalam cungap nafas sendu :')

3ogos2016