Tuesday, April 23, 2013

MAAF :'|


Asif Jiddan.

Pesan Rasulku

LAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAH .
Tiada kekuatan lain selain kekuatan-NYA .
Asif jiddan . Maaf . Segala yang aku tintakan , bukan untuk meraih pujian atau menunjuk-nunjuk dan sebagainya . DIA Maha Mengetahui Segala-galanya ! Mengetahui apa niatku , mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatiku ! Hanya DIA Yang Tahu ! 
Astaghfirullahalazim . Semoga Allah mengampuniku . Aku tahu ini ujian-NYA buat diriku . Aku tidak akan lemah . Sama sekali tidak .
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka , maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta . (Al-Ankabut: 2-3)


 Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

 Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"
Baru ditegur sudah hendak melentingkah? Oh, maaf. Kalau dulu mungkin ya. Kini aku bukan lagi ''aku'' yang dulu . 

''Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..'' - (Al-Baqarah;153)

Aku tahu . Setiap langkah , setiap perilaku , setiap bait bicaraku akan diawasi . Ribuan malah jutaan mata akan melihat gerak geri dan hanya menunggu masa untuk dikritik segala kekurangan . Tapi , aku tidak akan lupa DIA juga mengawasi . Pengawasan DIA yang aku gentarkan , bukan pengawasan manusia . Mereka tiada beza denganku . Mereka juga hamba-NYA . Yang membezakan adalah iman dan taqwa . 
Aku menerima teguran dengan hati terbuka . Menegur jangan sampai menghina kerana kelembutanku juga bisa bertukar tegasnya bicara ! Tapi jangan khuatir , aku tidak akan mengucapkan sesuatu yang sia-sia . 
InsyaAllah , segala hinaan akan ku telan kerana aku tahu dan aku sedar , Rasulku diuji lebih daripada aku . 
Asif jiddan ya sahabat seandainya setiap bait bicaraku menyakiti hatimu atau kau rasakan aku menunjuk-nunjuk . Satu tegasku . Jangan terburu-buru dalam menghukum . Asif jiddan juga andai kau terasa . Aku hanya menegaskan . Mahu terima atau tidak , itu hakmu . DIA Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui .

Asif . Asif . Asif .
Maaf . Maaf . Maaf .
Moga Allah melindungi hamba2NYA :')

Monday, April 15, 2013


Maafkan aku bila tak sempurna

Diri ini hanya insan biasa

Sekiranya kehadiranku banyak 

membebankan, aku rela berundur
 
Cintaku, sayangku hanya pada Penciptaku

Tiada apa lagi yang kuharapkan untuk 

kehidupan ini

Aku akan teruskan jua walau terpaksa 

bangun semula

Maafkan segala salah silapku

Aku rela mengundur diri :')

bla .. bla .. bla


 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

kecewa T_T





Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu

Luka di tangan nampak berdarah

Luka di hati siapa tahu ?

Pisau raut hilang di rimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah ?

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak

Entahkan jadi entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Entahkan jadi entahkan tidak
Entah sudahkan milik orang

Cahaya bulan diliput awan
Dipuput bayu awan berlalu
Hasrat hatiku padamu tuan
Malang diriku tuan tak tahu

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Selasih di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung

Chau Pandan , anak Bubunnya
Hendak menyerang kota Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata

Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang

Sakit menebang kayu berlubang
Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
Daripada hidup baiklah mati

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak yang lain

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Biji saga nampaklah merah
Bawa segenggam pergi ke kota
Hati kecewa amatlah parah
Tidur bertilam si air mata

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Seri Mersing lagulah lama
Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
Dimana tempat hendak mengadu ?

Penatlah saya menanam padi
Nenas juga ditanam orang
Penatlah saya menanam budi
Emas juga dipandang orang

Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat di dunia memang begitu
Benda buruk tidak dipandang

Payang retak tali bersimpul
Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
Mati bukan kerana sumpah

Pecah belah batu di gunung
Seri dewa berjalan malam
Ya Allah, tidak tertanggung
Rasa tidak dikandung alam

Tidak salah bunga lembayung
Salahnya pandan menderita
Tidak salah ibu mengandung
Salahnya badan buruk pinta

Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya ?

Kalau begini tarah papan
Ke barat juga kan condongnya
Kalau begini untung badan
Melarat juga kesudahannya

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu ?

Nyiur muda luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita dibawah kehendak Allah

Wednesday, April 3, 2013

: Secebis Kata Untuk Ibu Bapaku Tercinta ^^ :



SECEBIS KATA UNTUK INSAN YANG BERGELAR EMAK :


  1. Terima kasih Mak kerana  telah mengandungkan angah selama 9 bulan di dalam kandungan .
  2. Terima kasih Mak kerana bagi makan makanan yang berkhasiat untuk memastikan fizikal angah sihat belaka .
  3. Terima kasih Mak kerana mempertaruhkan nyawa hanya untuk memastikan angah hidup di dunia dan melahirkan angah ke dunia .
  4. Terima kasih Mak kerana sabar dan tahan kesakitan ketika mahu melahirkan angah .
  5. Terima kasih Mak kerana telah memberikan susu yang terbaik untuk anakmu .
  6. Terima kasih Mak kerana telah menjaga angah dari kecil sampai aku besar .
  7. Terima kasih Mak kerana telah mendidik anakmu dari kecil tentang Agama Islam dan memberi tunjuk ajar kepadaku tentang adab2 supaya menjadi orang yang berguna di suatu hari nanti .
  8. Terima kasih Mak kerana telah mendidik anakmu untuk menjadi anak yang baik dan solehah (insyaAllah). 
  9. Terima kasih Mak kerana telah menjaga anakmu ini ketika sakit . mak sanggup membawa anakmu ini pergi ke klinik ketika hujan . ketika ada masalah mak selalu mendengar rintihan anakmu ini . mak sentiasa dengar masalah yang dihadapi oleh angah dan ketika bersendirian mak yang selalu di sisi ku .
  10. Terima kasih Mak kerana telah mengejutkan angah untuk pergi ke sekolah .
  11. Terima kasih Mak kerana telah membuatkan sarapan yang berkhasiat kepada anak - anakmu .
  12. Terima kasih Mak kerana telah menjadi ratu di dalam hatiku .
  13. Terima kasih Mak kerana telah memberikan kasih sayang yang sama rata kepada anak - anakmu .
  14. Terima kasih Mak kerana telah menjadi ibu yang baik untuk anakmu yang tercinta ini .
  15. Terima kasih Mak kerana telah sabar dengan sikapku yang kurang baik .
  16. Jasamu akan ku kenang sampai ke syurga .








SECEBIS KATA UNTUK INSAN YANG BERGELAR
ABAH :
  1. Terima kasih abah kerana telah memberikan angah keperluan asas dan keperluan kehendak angah ketika  kecil .
  2. Terima kasih abah kerana telah menemani aku dan menceritakan kisah nabi sebelum tidur .
  3. Terima kasih abah kerana telah mencari nafkah kepada mak dan anak - anak mu .
  4. Terima kasih abah kerana telah menjadi semangat untuk aku terus berjaya .
  5. Terima kasih abah kerana telah menjadi ayah yang baik untuk anak - anakmu . 
  6. Terima kasih abah kerana telah menadi ayah yang very understanding terhadap anak - anakmu .
  7. Terima kasih abah kerana telah menghiasi hari ku dengan senyuman .
  8. Terima kasih abah kerana telah menghantar anak -anakmu ke sekolah . abah sanggup bangun pagi-pagi semata- mata untuk menghantar ke sekolah .
  9. Terima kasih abah kerana telah menjadi super hero kepada anak - anak mu .
  10. Terima kasih abah kerana telah menanggung semua dosa ku ketika aku masih belum cukup umur .
  11. Terima kasih abah kerana memberiku wang belanja ke sekolah .
  12. Terima kasih abah kerana menjagaku dengan baik .
  13. Terima kasih abah kerana memberi sokongan dan semangat kepada anak- anakmu untuk terus berjaya dalam akademik mahupun kokurikulum .
  14. Terima kasih abah kerana telah membayar yuran untuk kami belajar .
  15. Terima kasih abah Terima kasih banyak - banyak.
  16. I love you Abah ! <3 .






F = Father

A = And

M = Mother

I = I 

L = Love

Y = You



 ALHAMDULILLAH , now . im 20 years old ^^  syukran ya ALLAH :')