Wednesday, December 19, 2012

" kau pengubat laraku :'( "

Assalamualaikum :')


hati neyh memang banyak penyakit
 lagi susah kalau tak pandai jaga kann :/
erm . .
=='

tolonglah ,
jangan biarkan aq rasa 
menyesal sayang kau ,
jangan buat aq rasa 
bodoh bila kita bersama ,
tolonglah ,
wahai manusia :( !

ya Allah ,
tolonglah hamba-Mu 
yang satu ini ,
hindarkan aq dari perasaan dendam dan sakit hati ,
sucikan hati aq dari rasa
yang mampu meracun diri aq sendiri :'(
tolonglah aq ya Allah ,
aq tak nak kehilangan 
rasa sayang ini :(
jangan biarkan ia pergi menghilang .
amin ^^

" kau yang terakhir buatku "


Oh Tuhan, seandainya telah kau catatkan
dia milikku tercipta untuk diriku.
satukanlah hatinya dengan hatiku.
titipkanlah kebahagiaan.

ya Allah ku mohon 
apa yang telah kau takdirkan.
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala 
 

Friday, November 9, 2012



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Wednesday, October 17, 2012

" ketenangan yang aq cari "


Assalamualaikum..
Sahabat semua…



Tenang..
Ketenangan itu milik Allah. Bagaimana nak dapat ketenangan tu ??? . Kadang-kadang bila banyak sangat berfikir,banyak dugaan, masalah yang datang dalam kehidupan yang kita lalui. Kadang-kadang kita terlalai ,terleka. Kita lupa tanggugjawab kita sebagai hamba.

Dugaan dan ujian Allah yang diturnkan kepada ku sungguh menjadikan aq dekat padaNYa. Aq menangis menrintih padaNya. Memohon segenap kasihNya, cintaNya. Memohon penganpuanan dariNya. Ujian dan dugaanNya membuatkan aq tersentap, dan menyedari, hidup tak selalu nya indah .terkadang kita diatas, terkadang kita dibawah.

Namun ,disini dapat aq simpulkan. dugaanNya bukan membuatkan aq lemah. Tapi semakin menguatkan aq untk berdepan dengan reality dunia hari ini. Jangan selalu melihat ke atas, tapi renunglah kebawah. Lihat lah betapa ramai lagi manusia yang kurang bernasib baik berbanding dirimu. Bersangka baiklah pada Allah. Sesungguhnya DIA tahu yang terbaik. Setiap yang DIA rencanakan pasti ada hikmahnya tersendiri.

 “kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, DIA datangkan pula  guruh dan kilat, puas kita menangis mencari dimana matahari?? Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”
Renungkan
.



Dan kini aq sendiri telah bangkit dari kesedihan. Dari rebah. Aq hanya berpegang pada aq tak pernah sendiri Allah bersamaku,  tiada duka abadi, Allah tahu yang terbaik pada kita, dan sesungguhnya Allah menguji hamba2Nya kerana menyayangi hambaNya. Tersenyumlah saat kau diuji. Kau insan yang dipilih olehNya. Jangan pernah tunduk pada kesediahan dan ujianNya tapi berusahalah bangkit mencari jalan penyelesaian . Minta lah padaNYa. Nescaya akan DIA kabulkan.  Artikal2 di laman Iluvislam, buku ilmiah seperti “La Tahzan Gadisku”, membuatkan aq semakin kuat untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya.

Kini , baru dapat merasakan ketenangan itu. Ketenangan hakiki. Ketenangan dari ilahi. Ketenangan yang selama ini aq dambakan. Saat hati gundah, keresahan. Tiada tempat yang laen untuk mengadu melaenkan kepada Yang maha Esa. Walau aq tenang menghadap pantai mu yang damai. Walau aq tenang menikmati angin bayu pantai. Namun hati ini lebih tenang saat aq bersujud kepadaMu Ya Allah, Aq lebih tenang saat mendengar ayat2 suciMu.  Aq lebih tenang saat membaca ayat2 suciMu.

Ya Allah ampunkan kekhilafan hambamu ini.Insan kerdil yang sentiasa terleka dek keindahan dunia.
Ya Allah lindungilah hati hambamu ini dari terus terleka.
Ya Allah diri ini mengharap petunjuk dariMu.
Ya Allah hambaMU ini memohon kekuatan dariMu.
Ya Allah hambaMU ini memohon ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.


p/s: Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNYa
        Walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya pada Ilahi.^_^

Saturday, October 6, 2012

rindu along :'(

 Along !
 serously , 
IMISSYOUSOMUCHH ! :'(


hanye MMS pengubat dikala kerinduan kami terhadapmu <3
harap along sihat2 jeh taw .
angah taw along agak busy sekarang ,
yela , tak lame lagi da final ,
erm,
anwy , GOOD LUCK fot your SHOWCASE !!
harap dapat buat yang terbek ! ><
KAMI disini mendoakan kejayaan along :')

Friday, September 28, 2012

kawan tikam belakang ! --'


 assalamualaikum w.b.t ,
puihh ! da berhabuk sangat dha aku punye blog neyh , hahaha !
sory guys , agak busy dengan kerja dan masalah dunia neyh ,
salah satu prob aku sekarang adalah KAWAN MAKAN KAWAN !
meh aku na story2 sikit , muehehee ><

Istilah kawan makan kawan atau lebih tepat tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati.Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum.
“Pernahkah sahabat anda menikam anda  daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam? Tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain.Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?
Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Yang sebenarnya,kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya.Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain.
Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun. 

## fatin nasihatkan pada anda berhati-hatilah ketika memilih kawan.Kawan ketawa bayak kita boleh cari tapi kawan ketika kita susah mungkin 1 dalam 10. ;-)


Sunday, July 22, 2012

" apabila kau buat aku TERISTIMEWA "

Assalamualaikum w.b.t 

Bila mulanya kau rasa kau benci, ada sahaja yang tak kena.

Bila saja kau meminta perkara yang kau rasa kau tidak akan dapat.Bila saja kau rasa kau dan dia tidak akan kemana.Dan bila saja waktu itu, perasaan kau hanya ada benci terhadap dia dan kau betul-betul maksudkannya.

Hari demi hari bisa berubah.Kelmarin tidak akan mungkin muncul untuk esok.Perasaan kelmarin juga mustahil wujud untuk esok.Perkara yang aku rasa aku tidak akan dapat, kau beri.Sesungguhnya semangat kau lain benar.Mencipta satu harapan yang aku paut, takut akan kehilangan kau.

Aku tak bisa menulis untuk sekian lama.Fikiran dan jiwa terlalu kekok untuk meluah rasa.Tapi kini mula lain semula kerana aku sedang merasa rasa itu wujud semula.

Sukar sebenarnya untuk  membuka. Apa rasa hati di etmosfera yang terbuka.Tapi apa yang aku cerita hanya rasa.Tidak salah bercerita hal yang buat aku bahagia.

Apabila kau satu-satunya manusia yang faham tentang perasaan aku.Juga kau yang bisa terima segala cercaan aku.Persepsi terubah bila kau sedikitpun tidak bergajak dari tempat mana kau berdiri.Menguatkan keyakinan aku bahawa kau sememangnya benar-benar pasti.Adakah aku yang benar-benar kau cari.

Terima kasih kerna kau bisa mendengar. Segala sakit dan air mata yang tak selalu gagah aku tahan setiap masa.Terima kasih juga kerna selalu berpihak kepada aku dan sudi hadir dalam hidupku .


" Air mata tidak pernah kenal erti BERHENTI "

 Assalamualaikum w.b.t ,


 syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk aku bernafas di dunia neyh ,
 syukran jazilan ya Allah ,


 today ari kedua kita berpuasa rite ?
 alhamdulillah ,
 harap dapat menyempurnakan ibadat poce dengan sempurna ,
 InsyaAllah ,
 -----------
 air mate oh air mate !
 sal dari semalam ko tak berhenti membasahi pipiku ha ?
 bila aku bace al-quran ko kluar , bila aku solat ko kluar , bila aq ingat c dye lagi lorh berderai air mataku !
 ya Allah ,
 ada apa di sebalik semua neyh ?
 sukarku menghapuskan ko .
 terima kasih anugerah e2 ,

Thursday, July 19, 2012

" ramadhan"

" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran,kemuliaan perbendaharaankeindahan syukur, panjang umur, dankemudahannya yang berterusan.
Amin Ya Rabbal'alamin..

kawan sejati ?

Assalamualaikum ?

Korang ada kawan sejati ? Maksudnya kawan yang sentiasa ada masa susah korang, masa senang korang. Yang tak kisah dan tak merungut bila korang ada masalah. Dalam dunia ni, akan ada bermacam-macam jenis kawan dan yang pastinya ia terbahagi kepada dua iaitu kawan di alam maya dan kawan di alam realiti.


Bagi korang, mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan maya  yang korang langsung tak pernah jumpa dan hanya berkenalan secara ‘ekspress’ di alam maya? Atau kawan yang memang korang dah kenal lama dan dah betul-betul kenal hati budinya?
Bagi aku, dua-dua ada kepentingan tersendiri. Alhamdulillah sepanjang aku berada di dunia maya (facebook, friendster, myspace,twitter, blogger dll) dah macam-macam jenis kawan yang aku kenal. Boleh dikatakan kawan maya aku lebih ramai dari kawan realiti dan aku rasa majoriti antara korang juga akan berkata demikian. Kawan mayalah yang menceriakan hari-hari aku dan mereka jugak lah tempat aku ‘menggila’ bila kebosanan lebih-lebih . Tapi persoalannya berapa ramai yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita di alam maya? Adakah kita ditambah sebagai kenalan hanya kerana kita cantik? hensem? kaya? Jawapannya ada pada korang! 

Wednesday, July 4, 2012

" Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban"

Maghrib ini akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Monday, June 25, 2012

" oh ayah oh ibu "

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.



Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir2lah
:: Bagai pusingan roda... sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa... dan anak2 kita akan melakukan apa yg pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita... dan kita akan bersabar dgn kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kpd kia... dan begitulah seterusnya...

" sanah helwah ya nurfahana ! "

assalamualaikum w.b.t ,

alhamdulillah , masih di beri peluang untuk menghirup udara-MU ney ya Allah ,
apa khabar warga blogger sekalian ?
sihat ?
harap sihat jeh di sampingNya ,
insyaAllah ,
amin ..
--------------
spe empunya name too ek ?
haa ,
ney dye tuan empnye badan ,
 today b'day dye yg ke-20 ,
 dha tua awop op ?
 walau un dha kene "kelentong" dgn awop smlm ,
 saie redho ,
 hehe ,
 semoga panjang umur , mrh rezeki , menjadi anak solehah , menjadi insan yang berguna dan setiap apa yang di lakukan mendapat keredhaan dariNya ,
 insyaAlah ,
 alhamdulillah ye awop ,
 Allah masih memberi pluang awop merasai kebahagiaan lam kehidupan d dunia ney ,
 syukran2 ,
 anwy ,
 thanx atas segala pengorbanan awop terhadap saei selama neyh ,
 terima kasih banyak2 taw ,
 sayam awop !

Saturday, June 23, 2012

" sekadar renungan bersama "

Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam
Jika anda bersin dengan kuat mungkin untuk memecahkan bahagian tulang rusuk anda
Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .
Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti. 

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥
jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua,supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini ♥
terima kasih ♥

Tuesday, June 12, 2012

" warkah buat awak "


Assalamualaikum w.b.t ,


Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita.Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya..Alhamdulillah.

awak ,
Sudah terlalu lama saya tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Maafkan saya. Sekalipun bicara coretan tidak saya hulurkan namun kita tetap jua berhubung dan masih bisa bertanya khabar

.awak...
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita, saya mulakan sebagai persembahan pembukaan.

Sebenarnya, sudah lama juga saya berkira-kira untuk 'menyapa' (menegur) awak , tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, saya tangguhkan.

Maaf saya! Bukanlah niat saya untuk melukakan, jauh sekali membuat awak berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang awak rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, Insyaallah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan... Subhanallah. Indahnya kurniaan.

awak...
Mungkin awak sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri saya sekarang. Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya... dan tiap waktu merindu akan keagungan yang diciptakan-Nya. Allahu Akbar! Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.

awak...
Bersama anugerah terindah yang sedang saya daki kini, bersama persalinan baru yang saya pakaikan pada diri, saya rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, saya ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi saya dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.

awak...
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, saya berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya. Astaghfirullah.

awak...
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Astaghfirullah. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa."

awak...
Perkara-perkara inilah yang menjadikan saya selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan 'terima kasih' dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.

awak...
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada saya saat ini, saya benar-benar ingin memimpin awak bersama saya untuk berada dilandasan yang sama.Dekatilah Dia, awak. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Subhanallah. Ayuhlah awak, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu denganNya.

awak...
Bersama warkah ini, saya tinggalkan awak pesanan-pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam awak meniti sisa usia yang Allah berikan...Insyaallah.awak...Selebihnya, pasti awak akan temuinya nanti... Insyaallah.Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. saya doakan moga awak dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.

Akhirbicara, maafkan saya andai bicara dosa dan pahala ini membuat hati kecilmu tersentuh.Ingatlah awak, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhaiNya.Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. 

Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya denganNya, Yang Maha Menguasai tiap perkara. Allahu Akbar!

Wassalam.

saya.
Hamba Allah yang dhaif & hina.

Wednesday, May 9, 2012

renung2kanlah

Wahai anak Adam! Aku jadikan engkau di dalam perut ibumu, Aku tutup mukamu denga...n lapisan yang menutup, supaya engkau tidak takut di dalam rahim. Aku jadikan mukamu berpaling ke belakang ibumu supaya engkau tidak mendapatkan gangguan dari bau makanan (yang masuk ke dalam perut ibumu). Aku jadikan sebelah kanan dan limpa di sebelah kirimu. Aku ajarkan engkau berdiri dan duduk di dalam perut ibumu. Maka adakah seseorang selainKu yang kuasa atas demikian?Tatkala telah cukup masa kandungan, Aku wahyukan kepada Malaikat yang ditugaskan untuk rahim-rahim agar Malaikat itu mengeluarkan engkau (dari perut ibumu).Malaikat itu mengeluarkan engkau dengan bagian-bagian dari sayapnya. Tidak ada bagimu gigi yang menggigit, tangan yang berkuasa dan berusaha untuk itu.

Aku terbitkan untukmu air dalam dua urat kecil pada dada ibumu, air itu mengalir menjadi susu yang bersih,panas diwaktu dingin dan dingin di waktu panas. Aku berikan rasa cinta kepadamu dalam hati ayah dan ibumu. Kedua orang tuamu tidak kenyang makan sehingga engkau kenyang lebih dahulu. Kedua orang tuamu tidak bisa tidur, sehingga kau tidur. Kemudian tatkala telah kuat tulang belakangmu dan kuat pula kulitmu, engkau menentangKu dengan maksiat dan durhaka. Engkau berpegang ke atas makhluk dan tidak berpegang atasKu. Engkau tutup dirimu dari orang-orang yang melihatmu, tetapi engkau menentangKu dengan maksiat dan durhaka dalam persembunyianmu. Engkau betul-betul tidak malu padaKu. Sungguhpun begitu jika engkau memohon dan meminta kepadaKu, doamu akan Kuperkenankan jua. Dan jika engkau meminta padaKu, permintaanmu akan Kukabulkan dan jika engkau bertaubat dan kembali padaKu, niscaya taubatmu akan Kuterima jua"......

Saturday, February 25, 2012

Kita Sebagai Seorang Blogger ,Mestilah Begitu ,Mestilah Begini !


Kita sebagai blogger yang cun melecun,kacak lagi berwibawa...serta segak..
(tambah lagi jika perlu)


MESTILAH...



1 ) BALAS KOMEN PEMBACA

Seriously la..bagi aku,balas komen2 pembaca tu sangat2 la penting..ha,siap bold lagik..ingat senang ke nak dapat respons daripada diorang?ish ish..kalau bagi aku la kan,dapat 1 komen tu pun dah rasa sangat2 dihargai..walaupun komen tu banyak macam mane pun,kita tetap kena balas..sebab kadang2..ade pembaca yang akan check balik komen2 yang dia penah bagi..sebab dia nak tengok kalau2 tuan blog tu bagi respon balik..jadi hargailah pembaca kita..bagi aku,yang komen2 tu la yang banyak bagi aku semangat untuk teruskan ber-blogging..jangan pulak mentang2 dah dapat banyak komen..korang biar camtu je..sebab taknak nampak jumlah komen yang banyak tu rupa2nya tersenarai nama korang sekali..apaa daa..podahh cittt ! =_=


2 ) UCAPAN DI CHATBOX

Kadang2 ada yang guna cara untuk mem-promote entri baru diorang dari chatbox ke chatbox..eh,aku rasa..tak patut la buat camtu..sorry to say la...aku tau tak salah..cuma bagi pandangan aku..nampak sangat macam tak ikhlas nak datang kat blog kita..target cuma nak promote entri2 baru...kalau aku lebih suka greet diorang..agar diorang rasa lebih dihargai..kalau aku rasa aku ter-singgah kat blog yang agak cantik..aku memang akan puji..what you got is what you deserved..aku terus terang je..aku takdelah sebok nak promote entri aku sana sini kat chatbox orang lain..tak sweet bak hang ! koh koh koh...


3 ) FOLLOW TAK IKHLAS

isk..isk..ade jugak manusia yang camni..ade yang follow kita semata2 nak kita follow dia balik je..tu je lah keje ko..hah,kan aku dah bengang ni...siye jer kan bila dapat tau..aku suka kalau korang follow memaner blog sebab blog tu ade tarikan dia sendiri atau maybe entri2 dia agak menarik...bukan hanya sekadar...

"hai,saye dah follow awak,follow la titew balik err..."

"hye,jom follow saye,nanti saye follow awak balik..." (bunyi agak gampang)

"aku dah follow ko..ko tak follow aku balik..siap arhh ko.." (sori,yang ni rekaan)

tapi aku hargai sapa yang sudi follow aku tapi tak paksa aku follow dia balik..bagaimanapun..aku tetap follow balik dorang dengan hati yang suci (ececeh!)..FOLLOW-LAH DENGAN IKHLAS,TAK IKHLAS..memang asdfghjkl la aku cakap..fuuuu fuuuuu fuuuuu


4 ) KALAU NAK KOMEN,BACA BAGI HABIS ENTRI TU.

hish..yang ni kedengaran agak nak mintak pelempang..ok lah contoh..punya panjang lebar korang buat entri tu...(penat menaip,penat perah idea..).tetibe ade la manusia2 yang bagi komen berbaur begini...

" entri yang bagus,keep it up! "

" untung la...huhuhu..." (padahal entri tu takde kene mengene dengan UNTUNG pon)

" titew setuju! (ntah ape yang ko setuju ntah...)"

entri yang superb!teruskan menulis...." (sori,aku menaip)

dasar forever alone..dari situ nampak sangat dia tak baca habis pun dengan entri kita..tah2 tengok tajuk je..pastu terus komen..paham ape pon tidak..tapi takpe,bagus gak..bertambah sket jumlah komen titew kan kan?puih!maybe ni salah satu cara kenapa entri mereka..(si peng-komen tu)..jumlah2 komennya retiss bak hang! sebab kalau 10 blog dia dok bagi komen yang sama cam contoh kat atas,10 orang tadi tu la datang bagi komen balik kat blog dia tadi..dengan penuh bersemangatnya...(paham tak?)...hukum karma yang agak gedik..


5 ) IKLAN KAT CHATBOX.

kalau yang ni..ramai kot penah kena..tak bermaruah betul..hah!pegi chatbox orang lain,tapilink yang dibagi direct terus ke churp2..nuffnang..says.my.bla bla bla..(paham ke tak ni?)..kalau yang dah terbiasa terus klik nama2 kat chatbox tu..nasib arh..ko yang bagi untung kat dorang..tu yang KAYA GILER jadiknya dorang sampai sebok buat entri besar2 an dapat duet dari pihak pengiklanan tu..kalau korang nak buat kat chatbox aku..jangan harap nak dapat sesen pon..sebab aku hala dulu cursor kat setiap nama kat chatbox..and aku akan tengok link yang keluar kat bawah..(kan aku dah membebel ni)..so siye2 je lah usaha korang tu..jadi kepada anda..ikutlah cara saya okey..tak baik dapat keuntungan dari cara yang salah..giler sogehh namanya tu...



p/s : baru tukar lagu blog.header made from paint.buruk kan?haha =_=






Sekian,terima kasih.


Wednesday, February 22, 2012

renungan2kanlah ...

Seorang gadis comel(comel ke?erm iyekanlah) sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya " nak upload dlm fb lah.." untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..' Tidak sedarkah anda ? Anda TIDAK MENUTUP AURAT , sudah berDOSA.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat DOSA..anda dapat DOSA lagi.. orang yang tekan 'like' dapat DOSA ..anda berDOSA lagi.. orang yang memuji anda dapat DOSA.. DOSA anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah DOSA anda berlipat kali GANDA... ! ! ! Berubahlah wahai WANITA.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun sebelum terlambat.. Kasihanilah juga ayahmu serta adik-beradik lelaki mu..Tnjuk AURAT mcm anda free2 jer beli tiket untuk ayah anda ke NERAKA~~

Sunday, February 19, 2012

sajak khas untuk emak n abah !

Salam Nuriznabilah .

 Alhamdulillah ,
 dapat jgk aku ciap an sajak ney lam mase 2 ari ,
 memang x sehebat orang berkarya ,
 tapi sekurang2nye aku mencuba !
 bukan mudah nx ciap an sume ney ,
 nampak cm senang je kan ?
 p , law tanpa kesabaran , tanpe ada idea2 lam mengayat ney ,
 memang out awal2 ,
 pape un ,
 sajak ney khas untuk mak saie n abah saie ( en.Azmi n pn.Siti ) 
 dan tidak lupe juga pada rakan2 yang masih mempunyai mak ayah @ sebaliknye ( AL - FATIHAH ) ,

 baca , fahami n fikirkanlah ..

EmakKamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku

Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Abah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku

Abah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Emak dan Abah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku

EmakAbah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

emak...
Abah...