Thursday, July 19, 2012

kawan sejati ?

Assalamualaikum ?

Korang ada kawan sejati ? Maksudnya kawan yang sentiasa ada masa susah korang, masa senang korang. Yang tak kisah dan tak merungut bila korang ada masalah. Dalam dunia ni, akan ada bermacam-macam jenis kawan dan yang pastinya ia terbahagi kepada dua iaitu kawan di alam maya dan kawan di alam realiti.


Bagi korang, mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan maya  yang korang langsung tak pernah jumpa dan hanya berkenalan secara ‘ekspress’ di alam maya? Atau kawan yang memang korang dah kenal lama dan dah betul-betul kenal hati budinya?
Bagi aku, dua-dua ada kepentingan tersendiri. Alhamdulillah sepanjang aku berada di dunia maya (facebook, friendster, myspace,twitter, blogger dll) dah macam-macam jenis kawan yang aku kenal. Boleh dikatakan kawan maya aku lebih ramai dari kawan realiti dan aku rasa majoriti antara korang juga akan berkata demikian. Kawan mayalah yang menceriakan hari-hari aku dan mereka jugak lah tempat aku ‘menggila’ bila kebosanan lebih-lebih . Tapi persoalannya berapa ramai yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita di alam maya? Adakah kita ditambah sebagai kenalan hanya kerana kita cantik? hensem? kaya? Jawapannya ada pada korang! 

No comments: