Friday, September 28, 2012

kawan tikam belakang ! --'


 assalamualaikum w.b.t ,
puihh ! da berhabuk sangat dha aku punye blog neyh , hahaha !
sory guys , agak busy dengan kerja dan masalah dunia neyh ,
salah satu prob aku sekarang adalah KAWAN MAKAN KAWAN !
meh aku na story2 sikit , muehehee ><

Istilah kawan makan kawan atau lebih tepat tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati.Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum.
“Pernahkah sahabat anda menikam anda  daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam? Tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain.Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?
Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Yang sebenarnya,kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya.Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain.
Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun. 

## fatin nasihatkan pada anda berhati-hatilah ketika memilih kawan.Kawan ketawa bayak kita boleh cari tapi kawan ketika kita susah mungkin 1 dalam 10. ;-)


No comments: