Wednesday, June 1, 2011

Hidup Cuma Sekali.

(Kepada manusia yang bosan dengan hidup)

Bosan?
Sesuatu yang lebih penting
Adalah berpaling tadah dari kehidupan biasa
Bukan bermaksud untuk lari dari keadaan normal
Juga bukan menjadi si pembelot kepada qada' dan qadar harian
Cuma harus lebih kreatif dan sentiasa berfikiran terbuka.

Jika kerja itu mesti di utamakan
Nescaya hanya kerja yang perlu di lakukan
Selalu begini..
Akhirnya tinggal apa untuk si tua nanti
Ya..
Kita pasti akan lalui zaman tua-tua kelak
Jika di izinkan yang Maha Esa..

Eh?
Tunggu sebentar
Bukankan pemikiran tadi lebih mementingkan diri?
Sepatutnya perlu di fikirkan
Apa yang tinggal untuk anak cucu nanti
Oh..
Kerana apa yang tinggal untuk si tua
Sudah pasti mati

Pernah orang kata
Bila mana menjadi kaya raya
Hei,
Bukan boleh di bawa ke kubur
Kerana di kuburan kelak
Tiada kedai Enterprise mahupun Sdn. Bhd. di buka
Untuk tiap kita membeli belah dengan hasil kerja semasa hidup
Jadi?
Buang masa berusaha untuk kaya raya di muka dunia

Sesetengahnya berkata..
Lebih baik bersederhana
Biar dunia mampu di pikul
Akhirat kelak mudah di jinjing
Hakikatnya..
Yang kaya lebih berusaha
Yang besederhana hanya di kedai kopi tiap jam 10 malam.
Yang miskin?
Punya 10 zuriat 
Yang berdaftar di pusat zakat.

Sahabat berkata tentang sesuatu
Apabila aku habis belajar kelak
Aku mahu bekerjaya
Agar hidup lebik baik
Supaya apa yang ibuku beri
Akan mampu di balas kembali

Satu persoalan cuba aku timbulkan
Untuk apa?

Aku berkata seraya lembut
Hidup sehingga tua
Mati
Bila engkau mahukan kehidupan yang lebih baik
Sebelum tua tiba
Engkau belajar demi kelak
Kerana mahu kehidupan lebih baik
Dan di setiap yang membantu engkau berjaya
Engkau akan balas seperti ibumu

Dan engkau
Jika berjaya seperti di atas
Dan akhirnya tua
Suatu hari..
Pasti sesuatu engkau merasa
Masih persoalkan..
Apa erti hidup ini..

Dan entahkan siapa yang tahu..
Cuma Al-Akhbar yang berkecuali..

Pelbagai persoalan yang timbul
Bila soal hidup ini muncul
Katakanlah wahai sahabat..
Alhamdulillah...

No comments: