Saturday, February 9, 2013

Tentang Kehidupan ^^

Entah mengapa ku luahkan di petang hari ini tentang kehidupan :') .


Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir . Kehidupan ini seperti roda , ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah . Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang .
 Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan . Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan . Namun, tak semua yang kita usahakan , kita akan memperoleh segala impian kita . Ada masanya , semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri . Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima , qada dan qadar yang telah ditetapkan . 
Sebagai manusia , kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini .
Segala apa yang kita lakukan di dunia ini perlu disertakan dengan keikhlasan . Jangan kita harapkan sebarang ganjaran dan pujian , kerana tidak semua manusia tahu menghargai . Jarang manusia menghargai apa yang mereka ada dan yang mereka terima . Sudah menjadi adat kesilapan sebesar zarah , itulah yang mereka nampak dan sering perkatakan . 
Begitulah kehidupan , langit tak selalunya cerah , ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa . Jadi perlulah kita sediakan payung sebelum hujan . Kita perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan .Kehidupan ini penuh ranjau dan duri . Berbekalkan semangat , azam dan usaha yang gigih kita akan terus melalui denai-denai kehidupan ini . Ada masanya kita merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya kita merasakan kita bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun kita berada di tengah kesibukan kota. Itulah warna-warni kehidupan . Pengalaman mengajar kita erti kehidupan, menjadikan kita semakin matang dan bijak membuat keputusan .

Kesimpulannya, gembira atau tidak , suka atau tidak , kita perlu meneruskan hidup ini . Suka , duka adalah permainan kehidupan dan kita tidak dapat lari dari merasainya . Carilah kegembiraan dan carilah kebahagiaan . Teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. Tanyalah diri apa yang kita inginkan kerana hati tidak pernah menipu dan di situ kita akan bertemu jawapannya. :') .


No comments: