Sunday, December 25, 2011

Rakyat Malaysia Susah Ucap Terima Kasih.


PUISI: HARGA SEBUAH TERIMA KASIH

Ah! Berat mulutku!
Malaslah aku,
Haruskan menyebut itu?
Mengapa perlu?!
Itu kah alasanmu?
Apakah susah kata itu?
Perlukah kau bayar itu?
Apakah rugi keringatmu?
Hanya menyebut itu?

Kau minta dibantu,
Tidak? Tidak kau minta itu??
Tapi mereka yang mahu,
Sungguh egonya kamu,
Tidak menyebut, walau satu,
Kau janjikan balasan?
Bukan itu yang mereka pinta,
Kerna datangnya dari keihklasan
Tak terfikir mahu apa-apa,

Tapi kau!
Lansung tak hiraukan,
Apakah nilai keikhlasan?!
Mampukah kau nilaikan???
Mampukah kau hargakan???

Tidak kawan!
Ringgit tak boleh melawan,
Walau dengan jutaan,
Untuk usaha dari keikhlasan,

Cuma,
Tidak ternilai sudah jika,
Sekadar kau merintih,
Terima kasih..

                                                     

*terima kasih buat rakan semua! sahabat blog, follower, pengunjung setia, dan
terutamanya mak, abah serta keluarga~ ;)

No comments: