Sunday, February 24, 2013

" Tanda-tanda diri masih disayangi Allah SWT :') "





Assalamualaikum sahabat-sahabat :)
Alhamdulillah hari ni 24 februari 2013 , kita sebagai manusia di Bumi Allah ni masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar malah masih lagi dapat bergurau senda bersama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang .



 Tajuk saya hari ni sebenarnya ialah tanda-tanda diri kita ni masih disayangi Allah SWT . Tiba-tiba hari ni rasa nak berceloteh pula di ruang ni.
Antara tanda-tanda yang saya rasa sahih setelah dikaji selidik ialah :



Pertama : Jika Allah SWT sayangkan kita , Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan agar kita tidak terlupa dengannya . Sebab apa ya ? sebab orang yang dilanda masalah seperti sakit demam atau apa sahajalah pasti akan berbalik kepada Allah . Mereka akan merintih untuk mencari penyelesaian bagi masalah mereka  . Berkat kesabaran dan yakin dalam hati bahawa sakit ini adalah anugerah Allah kepada aku , supaya dosa-dosa kecil yang menumpang dalam diri ini terhapus . Ingat ! sakit apa sekalipun kita itu adalah anugerah dari Allah . Allah sangat sayangkan hamba-hambanya yang sentiasa ingat padanya , sentiasa merintih padanya . 


Kedua : Allah SWT sangat sayang pada kita apabila kita hendak melakukan maksiat seperti pergi ke club malam , disko atau apa sekalipun yang berunsur negatif akan ada sahaja yang menghalang kita dari melakukannya .Contohnya , ketika ada manusia yang ingin pergi ke club malam . Tiba-tiba semasa dalam perjalanannya kereta yang dinaiki rosak . Ha itu tandanya Allah sayang kita . Allah tidak mahu kita terjebak dengan perkara tersebut .


Ketiga : Apabila kita pernah melakukan dosa seperti berzina , mencuri atau apa sahaja yang negatif . Tiba-tiba , terdetik dalam hati kita untuk bertaubat , untuk pulang ke pangkal jalan . Ha . itu maknanya Allah masih sayangkan kita . Allah rindukan kita untuk berdoa padanya . untuk bertaubat padanya dengan taubat yang sebenar-banarnya . Jadi kita amat beruntung dan harus mengambil peluang yang ada untuk berubah menjadi yang lebih baik . Sesunnguhnya Orang-orang yang bertaubat kepada Allah seperti bayi yang baru dilahirkan yang masih suci seperti kain yang bewarna putih . Jadi , apa tunggu lagi ? JOMLAH :)


Rasanya itu je perkongsian hari ni . Saya harap walaupun ada tiga je tanda nya sahabat-sahabat dapat mengambil pengajaran ya dari apa yang dicoret di atas . Tapi percayalah sahabat-sahabat, Allah SWT sang pencipta sekalian alam amat menyayangi dirimu kerana dirimu begitu berharga :) 



p/s : adakah manusia boleh berkata aq telah beriman, sedangkan dirinya tidak diuji.
Ujian adalah anugerah dari Allah supaya kita dapat bermuhasabah diri semula :)

No comments: