Sunday, October 20, 2013

Arus Permodenan yang memecah belahkan ?



Dewasa ini, kebanyakan manusia kagum dengan kecanggihan teknologi yang ada. Komunikasi sesama insan sudah menjadi pantas, mudah dan percuma. Talefon pintar bersama pelan internet semakin menjadi pilihan.
Kalau dulu, komunikasi hanyalah melalui perbualan talefon bimbit atau SMS.
Sekarang, dengan adanya social networks terutama Facebook dan Twitter, selain application seperti Whatsapp, membuatkan perhubungan banyak hanya menerusi tulisan dan jari jemari.
Tak perlu bersemuka atau bersuara. Ketiadaan dua elemen penting ini memberikan impak yang besar dalam komunikasi.
Tak faham? Baik. Cuba baca ayat berikut:
Tolong kaji elok2 sikit. Jangan main cakap ikut sedap hati je okay. Macam orang lain tak tahu
Apa yang anda rasa? Gembira? Sakit hati?
Apabila kita terlalu banyak berinteraksi hanya melalui medium seperti yang disebutkan, ia menjadikan kita mudah untuk salah tafsir sesuatu ayat, malah kita mudah membaca sesuatu ayat dari sudut negatif.

Kita membaca sesuatu ayat mengikut nada yang kita nak, bukan mengikut nada si penulis.
Dah. Pergi tidur
Kalau ayat di atas kita dah terbiasa dengan kawan-kawan, bergurau senda, mungkin ia sukar disalah erti.
Namun, bagi orang yang tak biasa? Ia mungkin dianggap seperti satu arahan atau satu perlian, lalu dibalas, “Ikut suka aku lah nak tidur pukul berapa”.

Aku tak bercadang nak tulis panjang. Tulis panjang-panjang pun bukan orang nak baca. Eh.
Kita boleh pilih untuk tulis dengan bahasa yang baik dengan penuh adab.
Kita juga boleh pilih untuk baca sesuatu tulisan yang biasanya terbuka pada pelbagai tafsiran, dengan nada yang baik seiring sangka baik akan niat murni yang tersemat dalam jantung hati si penulis.
Akhirnya, ia berbalik kepada falsafah hidup sebagai sebuah pilihan.
Nak cari gaduh? Nak perang bersindir? Nak sakitkan hati orang demi puaskan hati sendiri? Semuanya adalah pilihan kita sendiri.
Muhasabah balik apa goal(s) of our life.
Soal diri sendiri: Apa yang aku nak sebenarnya?!
Moga Allah rahmati kita dan pastinya ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Amiin.
Kata-kata yang jujur dan ikhlas dari jantung hati akan sampai ke jantung hati juga. Kata-kata yang kenchang tetapi bukan dari diri yang berjiwa luhur, hanya sampai ke telinga pendengar atau mata si pembaca”

Tuesday, September 3, 2013

kenapa harga minyak di malaysia MAHAL ?




Assalamualaikum & salam sejahtera .. Entry aku kali ni aku nak tampilkan kelainan daripada selalu. Kali ni aku nak share dengan korang tentang fakta kenapa harga minyak Malaysia mahal . Mesti selama ni korang pernah tertanya-tanya kenapa & selalu dengar cerita yang kurang enak dari pelbagai pihak tentang isu ni. Kalau korang nak tahu perkara sebenarnya , kat sini aku ada copy arikel tentang tajuk yang kita nak bualkan ni.



Mengenai isu harga minyak, kami mempunyai penjelasan kami sendiri. Kenapa harga minyak di Malaysia mahal. Pertama, benarkah bahawa harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, untuk mendapat tahu mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain.
Pertama, memandangkan Malaysia ini berada dalam ruang lingkup Asia Tenggara, kita buat dahulu perbandingan awal antara Malaysia dan negara-negara asia tenggara yang lain.
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Malaysia masih termurah antara negara-negara lain di Asia Tenggara. Kenapa Brunei mahal? Jangan jadi bodoh macam rakan kita di seberang sana. Guna akal, jangan bandingkan epal dengan durian macam si Bawani. Brunei, negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia. Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak.
Dan, ada yang mengatakan kenapa bandingkan Malaysia dengan negara-negara asia tenggara? Kenapa tak bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain? Itu cadangan yang genius. Mari kita buat perbandingan kita.
Malaysia untuk pengetahuan sahabat semua, sebenarnya tidak layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya.
Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, kita ambil Qatar yang harga minyaknya hanyalah 0.82 sen, menurut duit Malaysia. Ada yang mempertikaikan kenapa Qatar mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Malaysia selaku negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Qatar.
Sekali lagi saya tekankan, jangan tertipu dengan taktik mereka. Macam yang saya tegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Qatar mengeluarkan 1125.46 ribu tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 703.92 ribu tong sahaja.
Kenapa kita tak bandingkan sahaja Malaysia dan Indonesia yang hampir berkongsi amaun yang sama dalam pengeluaran minyak. Ehh, tak, Indonesia jauh meninggalkan kita dengan 1043.14 ribu tong, hampir sebanyak Qatar. Tetapi, lihat sahaja harga minyak di negara mereka, yang mencecah 3.18 sen bagi kategori Ron 95.
Ambil India, yang amaunnya hampir sama dengan kita, di mana India mengeluarkan 881.11 ribu tong sehari, tetapi harga Ron 97 mereka, mencecah 4.57 sen, dua kali ganda daripada kita.
Ambil contoh Argentina, di mana harga minyak di negara mereka mencecah 2.99 sen, walaupun mereka mengeluarkan 787.17 ribu tong minyak sehari.
Ada yang bising kenapa bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang aje. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.
Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik.
IMF telah mengeluarkan sebuah kertas kerja. Kertas kerja yang diterbitkan pada 2007 itu mengatakan bahawa, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta mereta turun.
Dan untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan negara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia, serta di kedudukan ke dua mempunyai subsidi tertinggi. Malaysia dilaporkan telah sebanyak 2.4% daripada KDNK semata-mata untuk subsidi minyak. Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 membelajankan subsidi minyak untuk rakyatnya.
Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.
*Sumber artikel adalah dipetik daripada page . Untuk tak nak korang salah paham , aku bukan berpolitik oke , aku cuma nak share fakta dengan korang . Jadi aku tak bertanggungjawab jika ada mana-mana pihak yang terluka hatinya dengan entry aku kali ni .. ;))

Tuesday, August 20, 2013

tiada yang sempurna :')

Assalamualaikum ^^.  

Ada segelintir manusia , expect kita untuk jadi sempurna . expect kita buat baik 24 jam tanpa buat salah . Sedangkan kita manusia biasa , mungkin mereka lupa , manusia biasa tidak sempurna dan pasti akan buat salah & melakukan dosa . Kita bukan Nabi , kita tak maksum :') . 

Susah nak puaskan hati orang . Kadang-kadang bila kita da selalu update status guna kata ganti nama ' saya ' , ' awak ' ,  tiba-tiba satu hari itu kita guna ' aku ' , ' kau ' , benda tu pom boleh jadi issue . Bila kita selalu update status baik-baik  dan tiba-tiba satu hari kita buat salah , orang-orang ini kutuk kita . cakap " eleh , igt baik sgt , rupanya sama je mcm org lain . " Lorh --' kAkak , Abang , mmg la kami ni sama je mcm org lain . sebab kami ni kan manusia biasa mcm akak/abang jgk . jgn expect kami sempurna tanpa commit salah dalam hidup ini :/ . 

Kalau ada orang yang mahukan saya jadi baik setiap saat tanpa buat salah silap , maaf, saya tak boleh , sebab saya tak sempurna . saya cuma boleh berusaha untuk tidak melakukan sebarang benda yang tak elok , tak baik utk agama , keluarga  dan diri sendiri . Tiada sebarang jaminan yg saya tidak akan melakukan dosa . 'Cause i'm just normal human being :') . 



DAN MUNGKIN MEREKA LUPA, NOBODY'S PERFECT.



Thursday, June 27, 2013

mencarri ketenangan hati ^^

Assalamualaikum w.b.t ^^ 
sudah lama aku tak update blog ni :(
dah berhabuk dan macam2 da tumbuh kat sini ><
jom baca apa yang aku nak luahkan kat sini :')


wahai hati..
Renunglah sudah berapa lama engkau hidup senang lenang .
Renunglah asalmu hanya dari setitis mani .
Apakah dunia ini telah mengkhayal & mempesonakan mu .
Telah lupakah cinta & rindumu pada syurga .


Wahai hati .
Sampai satu masa jika tidak engkau tidak terbunuh .
Engkau pasti akan mati .


Dalam perjuangan seorang dai'e, mujahid tiada erti kegagalan. Tetapi kejayaan itu pasti menanti kita . samada kita perolehi kemenangan atau syahid di jalan Allah .


Kehidupan itu umpama pohon bunga mawar berduri dan seni adalah bunganya sedangkan duri itu cabarannya . Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang .


Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada kita , yang memberikan ilmu kepada kita , yang mencegah agar tidak semakin tenggelam dalam dosa yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita .


"Dunia itu 3hari . Kelmarin segalanya telah berlalu . hari esok boleh jadi kamu tidak menjumpainya . Hari ini untukmu , maka isilah ia dengan amal . " ~Sayidina Hasan r.a ~


Kekuatan kita yang sebenar adalah bergantung kepada sejauh mana kita berhubung dengan Allah swt . Semakin kuat kita dengan Allah swt , semakin kuat pula bantuan dan keberkatan yang akan diberikan Allah swt kepada kita .


"Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita , kadang-kadang yang mengembirakan hati itu tersembunyi derita .


Saat kita merasa lemah , tiada upaya . Saatnya kita merasa seakan hampir rebah , terduduk & menangis . Saat itulah sebenarnya kita memerlukan seluruh kekuatan dari dalam diri . Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana . mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah swt mahu kita menjahit kembali pakaian IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan .






Di dunia ini ada yang memburu kekayaan , kesenangan , kegembiraan , kebahagiaan , ketenangan dan kedamaian . Semua ini datang dari Allah , namun ia bukan mudah bagi kita untuk meraihnya kerana ia tersembunyi . kita perlu mencari & memburu bagi mendapatkannya . Bukan hanya cukup sekadar berdoa sepanjang masa , tanpa usaha & tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkannya .


Berkawan dan dekatilah orang-orang yang boleh memimpin ke arah kebenaran , masukkan diri dalam situasi yang menyenangkan , hindarkan dari berada atau terperangkap dalam situasi yang akan hanyut dengan keseronokan sementara duniawi ni . Merenung keindahan alam ciptaan Tuhan , bertafakur akan kebesaranNya . Abadikan dengan jiwa , fikirkan berkaitan kejadian alam dan manusia dan segala makhluk yang diciptakanNya .


Bukan mudah untuk mencari kadamaian jiwa perlu pergorbanan masa dan kesabaran bagi mencapai apa yang diimpikan . Katakan pada diri , aku boleh lakukan dan mampu untuk menghadapinya . Dan yang lebih penting sentiasa berdoa pada Allah mengharapkan setiap detik rahmat dariNya dan keredhaanNya . Juga bawalah keikhlasan walau di mana berada , Ingatlah tanpa keikhlasan maka tiada keredhaanNya .


Bangunlah di sepertiga malam bertintakan air mata & tujukan segala isi hatimu beralamatkan Arasy Allah . Semoga Dia mendengar keluhan & permudahkan segala urusan DUNIA & AKHIRAT . Insyaallah ^^ !

Tuesday, April 23, 2013

MAAF :'|


Asif Jiddan.

Pesan Rasulku

LAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAH .
Tiada kekuatan lain selain kekuatan-NYA .
Asif jiddan . Maaf . Segala yang aku tintakan , bukan untuk meraih pujian atau menunjuk-nunjuk dan sebagainya . DIA Maha Mengetahui Segala-galanya ! Mengetahui apa niatku , mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatiku ! Hanya DIA Yang Tahu ! 
Astaghfirullahalazim . Semoga Allah mengampuniku . Aku tahu ini ujian-NYA buat diriku . Aku tidak akan lemah . Sama sekali tidak .
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka , maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta . (Al-Ankabut: 2-3)


 Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".

 Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"
Baru ditegur sudah hendak melentingkah? Oh, maaf. Kalau dulu mungkin ya. Kini aku bukan lagi ''aku'' yang dulu . 

''Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..'' - (Al-Baqarah;153)

Aku tahu . Setiap langkah , setiap perilaku , setiap bait bicaraku akan diawasi . Ribuan malah jutaan mata akan melihat gerak geri dan hanya menunggu masa untuk dikritik segala kekurangan . Tapi , aku tidak akan lupa DIA juga mengawasi . Pengawasan DIA yang aku gentarkan , bukan pengawasan manusia . Mereka tiada beza denganku . Mereka juga hamba-NYA . Yang membezakan adalah iman dan taqwa . 
Aku menerima teguran dengan hati terbuka . Menegur jangan sampai menghina kerana kelembutanku juga bisa bertukar tegasnya bicara ! Tapi jangan khuatir , aku tidak akan mengucapkan sesuatu yang sia-sia . 
InsyaAllah , segala hinaan akan ku telan kerana aku tahu dan aku sedar , Rasulku diuji lebih daripada aku . 
Asif jiddan ya sahabat seandainya setiap bait bicaraku menyakiti hatimu atau kau rasakan aku menunjuk-nunjuk . Satu tegasku . Jangan terburu-buru dalam menghukum . Asif jiddan juga andai kau terasa . Aku hanya menegaskan . Mahu terima atau tidak , itu hakmu . DIA Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui .

Asif . Asif . Asif .
Maaf . Maaf . Maaf .
Moga Allah melindungi hamba2NYA :')

Monday, April 15, 2013


Maafkan aku bila tak sempurna

Diri ini hanya insan biasa

Sekiranya kehadiranku banyak 

membebankan, aku rela berundur
 
Cintaku, sayangku hanya pada Penciptaku

Tiada apa lagi yang kuharapkan untuk 

kehidupan ini

Aku akan teruskan jua walau terpaksa 

bangun semula

Maafkan segala salah silapku

Aku rela mengundur diri :')

bla .. bla .. bla